Wednesday, 28 December 2011

SYUKUR.... BerSYUKURkah KITA???


Entry baru ni....ustazah nk sharing berkaitan dengan syukur.... dalam silibus pun ada belajar pasal syukur...mari kita gali tentang SYUKUR.... :)

Sesungguhnya Allah menyebut kalimah yang membawa pengertian 'syukur' sebanyak 60 kali dalam Al-Quran. pelbagai pengertian tentang makna syukur yang diberikan oleh para sarjana Islam. Antaranya ada yang memberi definisi dan pengertian syukur itu seperti berikut:
  • pujian terhadap kebaikan/kelebihan yang diperolehi
  • bermakna lebat, penuh atau rimbun
  • berasa puas dan lapang hati dengan apa yang ada walaupun sedikit
  • menampak dan memperlihatkan nikmat, bukan menyembunyikan
Pembahagian Syukur
  • Syukur Dengan Hati
    • hati yang sentiasa merasai setiap nikmat adalah datang daripada Allah. akan terpenuh dalamnya rasa malu dan 'terhutang budi' kepada Allah. hati beginilah yang dimaksudkan oleh ungkapan para solihin;"Orang Mukmin yang sebenar lebat menerima nikmat terasa semakinn malu kepada Allah, semakin hebat menerima ujian semakin terasa kasih sayang Allah."
    • Hati yang bersyukur akan sentiasa merasakan bahawa setiap nikmat yang diperolehi adalah mutlak daripada Allah, bukan kerana kelebihan, ilmu dan kepandaian yang ada pada dirinya.
  • Syukur Dengan Lidah
    • Lidah yang sentiassa melafazkan kalimah 'Alhamdulillah' sebagai luahan daripada lubuk hati terhadap nikmat yang diterima daripada Allah.
    • Sesungguhnya Alah tersangat suka apabila hamba-Nya menzahirkan kesan nikmat yang diperolehi dengan melafazkan kalimah-kalimah pujian kepada-Nya.
  • Syukur Dengan Amal
    • menunaikan segala titah perintah Allah adalah sebagai sifat ketundukan diri seorang hamba yang maha daif kepada Allah yang Maha Berkuasa.
    • Menggunakan setiap nikmat yang diperolehi untuk ibadah dan ketaatan kepada Allah. sebagai contoh; Mensyukuri nikmat mata ialah dengan mata tersebut sentiasa digunakan untuk membaca al-Quran, menatap kitab-kitab, melihat alam semesta dengan tujuan merasai kebesaran Allah.
Oleh itu, jadikanlah diri kita seorang manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Allah lebih Mengetahui tiap sesuatu... :) Selamat beramal... :) 



2 comments:

  1. terima kasih ustazah untuk ilmu dan juga peringatan ini... syukran jazilan

    ReplyDelete
  2. :) afwan... sharing is caring...peringatan bg sy juga... :)

    ReplyDelete