Saturday, 7 January 2012

semangat baru 2012

assalamualaikum wbt... :)
entry ni juz nak membakar kan semangat diri je...dan ketabahan hati..... :)
dah seminggu masuk bekerja pada tahun ni......
but..next week baru start mengajar....
hmm..hope sgt2 Allah berikan kekuatan diri dan ketabahan hati utk mendidik dan mentarbiah anak2 didik di mrsm Tawau ini...
di samping pelbagai onak dan duri, ujian dan dugaan yang akan ku tempuh sepanjang tahun ni....
ya Allah...berikan lah kesihatan yang baik pd diriku dan juga kpd keluargaku.... :)

dan murahkanlah rezeki aku ya Allah....Kau bantuilah aku dalam mencari rezekiMu... Allah yaftah alayya....
InsyaAllah...aminnn.... 

'Jaga diri...hiasi peribadi'

Monday, 2 January 2012

Moga Allah Anugerahi Kasih Sayang

:) Entry kita hari ini....kita selami bait2 yang ada di bawah ini ya...walaupun ringkas....tp sgt mendalam maksudnya..... :) sgt sesuai bg diri kita utk memperbaiki diri... mari kita baca... :)


Doa umpama cahaya terindah
Memujuk jiwa yang sedang gundah

Doa senjata setiap Mukmin
Bermula 'Bismillah' disudahi 'Amin'

Doa anugerah dari Yang Esa
Hati mekar bersama impian

Muslim sejati selalu berdoa
Kala gembira mahupun berduka

Doa disebut setiap ketika
Menghalang bisikann syaitan celaka

Kala berdoa beradab sopan
Berakhlak santun menghadap Tuhan

Dalam doa ada harapan
Dalam harapan pahala berganda

Allah tidak nampak di mata
Tetapi bergetar di dalam jiwa

Bergantung hidup pada manusia
Esok lupa dia kan lupa

Bergantung harap pada Illahi
Hidup pasti lebih diberkati

Selepas solat panjatkan doa
Zikir dan tasbih peneman utama

Dengan mengingati Yang Maha Pemurah
Hati bersih tiada gelisah

Tika berjaya usahlah leka
Bimbang ditarik nikmat yang ada

betapa besar rezeki digapai
Selalu bersyukur tak pernah lalai

Sebagai insan dikurnia akal
Selepas berdoa jalinkan tawakal

Dengan tawakal kita berserah
Jika gagal bukanlah musibah

Gagal hanya satu pegajaran
Baiki diri di masa hadapan

Allah suka orang berusaha
Kerja keras ibadah mulia

Gigih dan tekun ciri terpuji
Berteman doa kepada Illahi

Jika hati berpaksi Allah
Ujian melanda bukan masalah

Selagi ada nyawa di badan
Ayuh bangunkan segala warisan

Tiada bumi tak ditimpa hujan
Apa terjadi satu peringatan

Sehingga kita bertemu lagi
Doa dan harapan terus mewangi

Entry ni sy petik dr sebuah bacaan yang berjudul Gen-Q... selamat beramal.... :)